Monday, November 17, 2008

Kajian Tindakan PSS

PENILAIAN KEBERKESANAN PENGGUNAAN PUSAT SUMBER SEKOLAH DALAM MENINGKATKAN PROSES PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN DAN TAHAP PEMBACAAN PELAJAR DI DAERAH LUBOK ANTU

ROMAYNE BONIFACE NUGI, DISMOND ENTEBANG ANAK LUMANG (PKG LUBOK ANTU), MOHD.SAFWAN (PKG BINTULU), MOHD. HATTAR ABET (PKG SIBU),
SENIN RAMPING (PTPB SARIKEI
)


Abstrak

Pusat Sumber Sekolah (PSS) merupakan pusat rujukan guru dan pelajar di sekolah. Pengurusan dan penggunaan PSS yang berkesan dipercayai mampu meningkatkan proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) guru jesteru meningkatkan mencapaian pelajar disamping meningkatkan tahap pembacaan pelajar. Pelajar yang pandai membaca dan memahami isi kandungan bacaannya tidak akan menghadapi banyak masalah dalam ujian. Namun banyak kekangan yang sekolah atau Penyelas PSS hadapi untuk menggurus PSS yang berkesan disamping turut mengajar selain daripada tugas-tugas yang lain yang perlu dilaksanakan. Oleh itu, kajian ini dijalankan untuk mengenalpasti punca PSS tidak digunakan sepenuhnya oleh guru dan pelajar, mengenalpasti bahan-bahan rujukan dan bacaan, adakah perlu bahan-bahan di PSS dipromosikan kepada guru dan pelajar termasuk mengenalpasti kaedah yang sesuai untuk meningkatkan penggunaan PSS di kalangan guru dan pelajar. Borang soal selidik yang mengandungi tiga bahagian mengikut responden pentadbir dan guru, staf sokongan dan pelajar digunakan untuk menggumpul maklumat.


1. PENGENALAN

1.1 Latar Belakang Kajian

Pada umumnya, kebanyakkan Pusat Sumber Sekolah tidak digunakan sepenuhnya dalam membantu guru untuk meningkatkan pencapaian akademik semasa dan selepas proses pengajaran dan pembelajaran. Ada juga Pusat Sumber Sekolah tidak diurus dengan sempurna sehingga gagal menarik minat guru dan pelajar ke Pusat Sumber Sekolah untuk mendapatkan maklumat dan bahan rujukan. Keadaan fizikal bilik dan bangunan Pusat Sumber Sekolah yang telah uzur juga membuat guru dan pelajar kurang berminat untuk mengunjungi Pusat Sumber Sekolah. Di tambah pula, bahan rujukan yang ada merupakan bahan yang telah lama serta bilangan yang ada dalam jumlah yang sedikit. Lantaran itu, langkah awal pihak sekolah adalah dengan menggalakkan guru Pusat Sumber Sekolah menceriakan suasana serta mengemaskini PSS agar keadaannya lebih selesa dan menarik

1.2 Persoalan Masalah

Pusat Sumber Sekolah (PSS) tidak di gunakan sepenuhnya dalam usaha meningkatkan proses pengajaran dan pembelajaran di kalangan guru dan tahap pembacaan pelajar. Hasil daripada pemerhatian pemantauan ke sekolah-sekolah, sebilangan PSS tidak diurus dan digunakan dengan dengan baik. Antara masalahnya ialah:
a. Rekod penggunaan tidak kemaskini
b. Buku dan bahan lain tidak tersusun
c. Buku dan bahan yang sudah lama
d. Rekod peminjaman dan pemulangan buku tidak kemaskini
e. Bahan-bahan lain yang tidak berkaitan dengan PSS disimpan di PSS
f. Guru mempunyai bilangan waktu mengajar yang banyak dan perlu mengurus PSS
g. Bilan guru di sekolah yang sedikit
h. Sekolah tidak di pertanggungjawabkan untuk mengurus PCG PSS sendiri

Kementerian Pelajaran selain daripada Pejabat Pelajaran Daerah dan Bahagian Teknologi Pendidikan, telah banyak membekalkan bahan –bahan rujukan ke sekolah seperti buku rujukan, buku bacaan pelajar dan bahan-bahan bantu mengajar. Namun sebilangan bahan-bahan tersebut hanya tersandar dan berhabuk di PSS disamping PSS juga digunakan sebagai tempat menyimpan bahan-bahan atau alat-alat lain yang tidak berkaitan dengan PSS seperti peralatan sukan.

Dari permahatian pemantauan dan maklumat Program Nadi Ilmu Amalan Membaca (NILAM) juga dapati pelajar yang banyak membaca dan memahami kandungan pembacaannya lebih matang dari segi pembelajarannya dan pemahamannya dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

Sebilangan guru juga kurang sedar bahan-bahan baru yang ada di PSS kerana kurang promosi atau makluman daripada penyelaras PSS. Bahan-bahan baru yang diterima hanya di simpan di PSS tanpa makluman atau kadang-kadang di simpan di tempat yang lain tanpa direkod. Ini secara langsung akan menyebabkan guru dan pelajar tidak berminat menggunakan PSS kerana tidak tahu bahawa adanya bahan-bahan baru di PSS.


2. OBJEKTIF KAJIAN

2.1 Objektif Am

Objektif kajian ini adalah untuk menilai dan mengenalpasti tahap keberkesanan penggunaan PSS dapat meningkatkan proses pengajaran dan pembelajar guru dan pelajar termasuk tahap pembacaan pelajar.

2.2 Objektif Kursus

i. Mengenalpasti punca utama Pusat Sumber Sekolah tidak digunakan
sepenuhnya oleh pihak guru dan pelajar

ii. Mengenalpasti kaedah yng sesuai untuk mempertingkatkan penggunaan
pusat sumber sekolah di kalangan guru dan pelajar.

iii. Mengenalpasti bahan yang terdapat di Pusat Sumber Sekolah untuk rujukan
pihak guru dan pelajar.

iv. Mengenalipasti bahan-bahan rujukan yang ada dan cara promosi bahan-
bahan rujukan di Pusat Sumber Sekolah digunakan sepenuhnya oleh para
guru dan pelajar.

3. KEPENTINGAN KAJIAN

Kajian ini penting untuk mengenal pasti tahap penggunaan dan keberkesanan PSS di sekolah. Mengenal pasti kekangan-kekangan atau masalah-masalah yang di hadapi oleh pengurusan PSS di sekolah. Berdasarkan dapatan kajian ini, aspek-aspek yang lemah dan menjadi kekangan dapat dikenal pasti. Dengan itu, tindakan susulan sewajarnya dapat diambil untuk mempertingkatkan tahap keberkesanan penggunaan PSS dalam meningkatkan proses P&P dan tahap membacaan pelajar.


4. METODOLOGI

4.1 Populasi / Kumpulan Sasaran Kajian

Kajian ini dilakukan kepada 4 buah sekolah rendah yang dipilih secara rawak. Populasi kajian ini terdiri daripada 5 orang pentadbir sekolah, 20 orang guru yang terdiri daripada penyelaras PSS dan guru akademik, 10 orang staf sokongan dan 40 orang pelajar sekolah rendah yang terdiri daripada kelas Tahun 3 dan Tahun 5.

Pecahan setiap sebuah sekolah adalah seperti berikut:

Seorang Pentadbir Sekolah yang terdiri daripada Guru Besar atau Penolong Kanan Sekolah (Penolon Kanan Kurikulum/HEM atau Kokurikulum).

Lima (5) orang guru terdiri daripada Penyelaras PSS dan Guru Akademik

Sepuluh orang pelajar terdiri daripada lima (5) orang pelajar Tahun 3 dan lima (5) orang pelajar Tahun 5.

Staf sokongan seramai dua (2) orang juga dilibatkan bersama untuk melihat bagaimana mereka dapat memainkan peranan dalam mempertingkatkan penggunaan Pusat Sumber Sekolah.


5. INSTRUMEN KAJIAN

5.1 Borang Soal-Selidik

5.1.1 Skala Likert : 1, 2, 3, 4, ( 1 sangat tidak setuju…….4 sangat setuju).

5.1.2 Jenis Thurston : Ya/Tidak

Tujuan borang selidik digunakan untuk mendapat maklumat dan maklum balas daripada pentadbir sekolah, guru, staf sokongan dan pelajar berkaitan dengan tahap dan persepsi mereka terhadap penggunaan PSS.

5.2 Pemerhatian

Pemerhatian dijalankan terhadap penggunaan PSS semasa lawatan dan pemantauan PSS ke sekolah-sekolah sepanjan tahun.


6. DAPATAN KAJIAN

6.1 Rumusan Kajian

Daripada data dan kajian ini, beberapa rumusan dapat dikenalpasti.

a) Kebanyakan responden menggunakan PSS sebagai pusat rujukan di sekolah namun sumber rujukan dianggap tidak mencukupi dan sudah lama. Bahan-bahan rujukan serta buku-buku bacaan pelajar perlu dibebarui dan ditambah sejajar dengan perubahan dan keperluan semasa. Pihak sekolah harus diberi peluang dan tanggungjawab untuk mengurus peruntukan PSS mengikut keperluan sekolah.

b) Disamping itu, keadaan fizikal PSS seperti bilik dan bangunan PSS juga perlu dinaiktaraf bukan sahaja unuk keselesaan penggunanya tetapi juga untuk keselamatan pengguna. Kelengkapan peralatan ICT dan elektronik juga perlu untuk kemudahan guru dan pelajar dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

c) Pengurusan PSS yang baik dan berkesan juga mampu meningkatkan prestasi akademik dan tahap pembacaan pelajar. PSS bukan sahaja digunakan untuk tujuan rujukan dan bacaan tetapi turut juga boleh digunakan sebagai pusat perbincangan dan bengkel oleh guru-guru kearah peningkatan proses pengajaran dan pembelajaran. Pihak sekolah perlu peka dan memberi perhatian kepada pengurusan PSS yang berkesan dan menyumbang kepada peningkatan prestasi akademik pelajar.

d) Sesetengah PSS digunakan untuk menyimpan bahan-bahan lain yang bukan berkaitan dengan PSS. Perkara seperti ini harus dielakkan dan satu daripada penyebab yang PSS tidak dapat diceriakan dan diurus dengan baik.

e) Guru atau Penyelaras PSS juga tidak mempunyai masa yang banyak untuk mengurus PSS dengan baik dan berkesan. Selain daripada mengajar dan sesetengah perlu mengajar dengan waktu yang banyak diantara 30 hingga 35 waktu, perlu juga menyelesaikan tugas-tugas lain seperti kokurikulum, SBT, Program Kementerian dan banyak lagi. Walaupun ini kearah membantu meningkatkan prestasi pelajar namun guru tidak mempunyai banyak masa untuk merancang kerana setiap hari dipenuhi dengan aktiviti.
6.3 Komen Responden

Dalam meningkatkan keberkesanan penggunaan PSS, responden turut memberi komen-komen yang boleh dianggap kearah peningkatan penggunaan PSS.

Responden berpendapat bahawa penggunaan sistem fail di PSS kurang memuaskan. Perlunya ada satu sistem fail yang standard dan kemaskini.
Kod labeling yang digunakan kebanyakan PSS tidak standard.
Penggunaan PSS perlu lebih kerap terutama dengan aktiviti p&p dan luar bilik darjah untuk memaksimumkan penggunaannya.
Kebanyakan bilik PSS sempit dan tidak selesa selain dipenuhi oleh buku-buku dan bahan rujukan lain.
PSS amat penting dan jika digunakan dengan betul ia dapat meningkatkan prestasi akademik pelajar. Namun selain daripada mengurus PSS, guru atau penyelaras PSS juga perlu mengajar dan melaksanakan tugas-tugas lain sehingga menyebabkan mereka tidak mampu mengendalikan PSS dengan baik dan bersistematik seperti yang disarankan. Adalah baik jika Pembantu PSS ditempatkan di semua sekolah tidak kira sekolah gred A atau Sekolah Kurang Murid (SKM).
Keadaan fizikal PSS di sekolah-sekolah luar bandar terutama sekali Sekolah Kurang Murid (SKM) memerlukan naiktaraf yang drastik. Bukan sahaja keadaan bilik yang sempit dan uzur ia juga perlu di tambah dengan bahan-bahan, perabot dan peralatan yang baru dan bersesuaian.
Walaupun pelajar suka membaca buku di PSS tetapi dengan keadaan bilik yang kurang selesa dan kekurangan buku baru akan membosankan pelajar untuk terus membaca. Keadaan ini akan akhirnya menggurangkan minat pelajar untuk pergi ke PSS.


6.4 Cadangan Responden

Cadangan-cadangan responden kebanyakkannya adalah positif untuk meningkatkan keberkesanan penggunaan Pusat Sumber Sekolah dalam meningkatkan proses pengajaran dan pembelajaran dan tahap pembacaan pelajar disamping menaiktarafkan keadaan fizikal PSS di sekolah.

Pusat Sumber Sekolah perlu dilengkapi dengan lebih banyak buku rujukan untuk guru dan buku bacaan Bahasa Inggeris dan Bahasa Malaysia yang terbaru.
Bilik khas yang berasingan dan lebih luas untuk menampung bilangan pelajar yang ramai agar dapat mewujudkan Susana yang sangat konditif.
Dilengkapi dengan penghawa dingin atau kipas agar lebih selesa digunakan.
Mewujudkan jawatan pembantu PSS disetiap sekolah untuk mengurus PSS sama ada sekolah gred A atau Sekolah Kurang Murid (SKM).
Guru tidak sesuai sebagai Penyelaras PSS kerana terlalu banyak kerja lain selain daripada mengajar di sekolah.
Menggurangkan waktu mengajar untuk Penyelaras PSS.
Menambah peruntukan PCG untuk membeli bahan dan menggurus PSS.
Bilik PSS yang sudah uzur perlu diselenggara atau dinaiktaraf.
Menyediakan peralatan ICT seperti Komputer, scanner, pencetak dan alat elektronik yang berkaitan bagi kemudahan guru dan murid.
Membekalkan rak-rak buku yang bersesuaian ke sekolah.
Menyediakan Pembaca Kod (code bar)



7. KESIMPULAN DAN PENUTUP

Sememangnya Pusat Sumber Sekolah adalah merupakan pusat rujukan pentadbir, guru, staf sokongan dan pelajar disekolah. Kemana lagi warga sekolah pergi untuk membuat rujukan selain daripada PSS. Kalau hendak menggunakan internet bukan semua sekolah ada kemudahan internet terutama sekali sekolah-sekolah di luar bandar. Purata 90% responden setujua bahawa PSS memberi banyak manafaat jika diurus dan digunakan dengan berkesan. Namun guru yang ditugaskan untuk mengendali dan mengurus PSS bukan hanya mengurus PSS tetapi turut mengajar dan diamanahkan dengan tugas-tugas lain. Secara tidak langsungnya akan menggurangkan keberkesanan pengurusan PSS ke tahap yang berkesan. Disamping itu keadaan fizikal PSS yang kurang kondisif, uzur dan sempit mendorong kepada mencacatkan minat guru atau pelajar untuk menggunakan PSS. Bahan-bahan terbaru dan terkini juga turut memainkan peranan untuk meningkatkan keberkasanan penggunaan PSS dikalangan guru dan pelajar.

Namun penyelaras PSS yang ditugaskan harus memberi komitmen yang tinggi agar PSS dapat menyumbang keberkesannya dalam membantu meningkatkan proses pengajaran guru dan pembelajaran pelajar disamping dapat meningkatkan tahap pembacaan pelajar. Pelajar juga perlu dilibatkan dalam pengurusan PSS disamping belajar mengurus PSS juga dapat menanamkan minat pelajar terhadap PSS dan penggunaannya.